Friday, July 30, 2010

Tak boleh tidur

Kenapa taboleh tido ni?
Kenapa? Kenapa?
Golek-golek dah,
Berangan pun dah,
Ape yang belum?
Baca doa tido.
Amin. Okay dah.
Tapi still tak tido lagi.
Kene tulis blog kot?
Okay tulis blog.
Tulis tulis tulis.
Essay yg due next week taknak tulis, blog nak tulis.
Ah, biarlah. Tadi rasa mcm dah ngantuk. Tapi bila da baring, hilang pulak rasa mengantuk. Nak buat macam mana?

Whats on my mind?
Do u mind?
There few things on my mind rite now.
Mama, ayah, yana, syahmi, lina, rumah, awak, (haa, awak la, sape lagi? Tapayah tersipu2 la. :P), masa depan.

Nak kene belajar dan belajar lagi kuat.
Nak kena rajin dan nak kena rajin tanpa penat.
Nak kene push and nak kene push sebab saya boleh buat,
Kalau bukan saya, sape lagi nak buat?

Dis semester is going to b hard.
No matter how hard it is i'm going to work hard.
I'm gonna need a strong heart,
So be strong syafiq and be smart.

Oh saya memang suka motivate diri sendiri. :)
Kadang2, rasa lebih semangat bila dapat motivate diri sendiri. (tak ke? Tak percaya try la)
Selalu bole motivate orang, tapi jarang motivate diri sendiri.
Kan?
I've been at the lowest point of my life. And i knw how it felt.
And i rily dont wanna feel that again. Rily.
Kalau dalam cerita "inception", its like "the kick".
Oh, kenapa saya merepek ni?
Ape saya merepek ni? Tah la.
Dah la tu kot?
Nanti later on kalau taboleh tido lagi, kita merepek lagi okay?

Ta ya dal wao ro. Tidur.
Malam. :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Bilik?

Thursday, July 29, 2010

what men should know.











































lot of it i find it true. most of it. tak ke?

Saturday, July 24, 2010

i'm gone


if i switched on my lappy at 12 noon and shut it down at 4 am,
this song will constantly repeating during that time too.

"..lagu oh lagu,
engkau lah peneman aku,
tidak mengira waktu,
hanya engkau dan aku..."

"..malam oh malam,
hari dah malam.
apa lah nak dibuat dikala malam,
selamat tidur dan selamat malam.."

peace.
bye bye awak :)

Monday, July 19, 2010

melbourne - part II


ouh hye. :)
tak menyempat nak sambung cepat2 pasal trip ke melbourne ni lagi.
hah, dah dgr dah lagu "love the way you lie" kat bawah post ni?
dengar lah. best. ok tu je nak cakap.
erm, my 1st nite was at rayap's place.
rumah mereka panas, sgt selesa. (sebab pasang heater)
lalu, i overslept. bangun, at 12 noon dah.
"sh*t dah lambat!"
(sebab ada makan and masak2 at nazir's place dgn budak2 mrsm langkawi dulu ada budak kms lain jugak. (open je sebenanya)
mandi jap kat rumah rayap.(tapi pakai baju tu balik, haih, nasib lah)
atleast mandi. :)
so berjalan lah dari rumah rayap hingga ke rumah nazir. (jauh la jugak sebenanya. "takpe..execise la sikit..")
sampai2, dah ramai orang dah. semua ada dah.
terus bukak jaket, sengseng lengan baju, basuh tangan, buat kuih.
"kuih cek mek molek" kata dillos. agak susah jugak mula-mula.
tapi steady la bila dah berkali-kali buat.
tak cantik pun, tapi boleh lah tangan bujang buat.
selembut sutera lagi ni ha.



sambil buat kuih, sambil pot pet.
sambil buat kuih, sambil cubit makanan yang dah siap.
sambil buat kuih, sambil amek gamba.
semuanya sambil-sambil.

menu utama, was nasi lemak.
sambal dibuat mirah. (pedas jugak lah, macam tengah marah je masa buat sambal ni ha. yeke?) :P
ayam, di perap sape tah, tapi memang sedap lah.
there's a puding roti jugak. made by the girls.
sedaaap gila.
hid, buat donut! (donut tu la kitorng cubit2 amek masa tgh buat kuih tu)
saaaampai la nak makan main dish (nasi lemak tu)
perut jadi kenyang gila. jadi sebu eventho makan sikit je.
ah ruginya main cubit2 kuih tu tadi. kan dah kenyang.

sorry gamba kecik lah pulak. terpaksa compile2 macam ni, kalau tak makan space.
:) hehehe. jangan tanya kenapa saya posing macam tu. saya pun tatau. (berasa sangat gay)

hahahaha.
and that night, i stay and next door, rumah (cimang, padil, nyai, metro(takde), monta, keratong (takde jugak).
rumah cantik, tapi sayang, kurang tingkap.
melepak melepak dan melepak, sampai la tido tah pukul berapa.
sedar2 je, ("eh, gelap lagi? pukul berapa tah?")
dengan gaya malas2, saya pun tidur balik.
sedar2 je, ("eh, rasa macam dah lama tidur, tapi kenapa gelap lagi?")
tengok2 jam, laaaaa..dah tgh hari rupanya. rumah tade tingkap.
no wonder lah.
rasa macam malam je duk rumah tu.
hahahaha.

so da masuk hari ketiga kan?
haa..tu la hari ketiga. tade buat ape pun siang2.
the girls pegi mount buller. snowboarding. (rasa malas pulak nak join sebab semua perempuan, tak segan, tapi rasa macam tak seronok, takpelah next time maybe with the boys, lagi seronok kot?)
malam tu, nazir ajak tgk bunga api.
diorang dah ada kat sana dah, tinggal la i yang baru nak pergi terkial2 ni ha.
baru msuk tram, nazir call.
"bunga api da abis, kitorg pergi DFO."
aiseh. tak sempat. tapi nak jugak pegi DFO tu, so i jalan la daro docklands tu.

"..jalan punya jalan,
tak jumpa tempat yang hendak dijalan,
mintaklah tunjuk jalan,
rasa macam dah sesat jalan,
sebelum lagi sesat tak jumpa jalan,
patah balik kerumah la i berjalan.."


hahaha. tu jelah kesimpulan hari ketiga yang tiada ape2 berlaku pun sebenarnya.
hanya sesat2 je. tapi best jugak la jalan sorang2.
and tak rasa takut macam jalan kat sydney sorang2.
tatau lah kenapa.
okay, nanti sambung hari ke 4.
malam. :)

Saturday, July 17, 2010

Melbourne

Dear awak,
Sekarang, pukul 3.51 am sydney time. (tawu lah dah lewat. Biasalah)
Last week, ari kamis(eh salah, rabu. Damn pelupa gila i), i joined a trip with my friends. (girlfriends! Ramai tau tau. And saya sorang je lelaki teruna. Oh. Bergaya kan?)
Tapi ada 2 time kitorg pergi. Mine was at 2pm la roughly, n lagi 1 at 430 something like that. I was with shiera and eija.
(i dont like waiting, so i sampai early dekat airport) :) tak saba sebenanya wak.
Hehe. Mcm biasalah, saya tak suka leceh2, so i bought a ticket with a lugage to check in. N i assume the girls did that too.
(apparently, they didnt. Hahaha. N their hand lugage was over weight!) haha. Denga sleeping bag lagi. Haaa.. So mcm mne?
That guy yg jaga kaunter tu agak strict. (eh tak, memang strict pun. Jahat.)
So i cakap lah kat shiera, korang bole combine lugage dgn i kot. (since i check in pun ringan je. Half from what i paid for) and the guy said, (" we'll close the gate in 10 minutes". Shiera said.."its okay, we'll b quick. It will only take 5 minutes". Then the guy said, "good luck")
Celaka perli. Geram betul. Kat depan2 kaunter tu jugak kitorang bukak beg, keluarkan sikit. N put some in sheira's extra bag as my hand lugage. Haa..5 minutes je. Tapi last2 kene jugak extra charge about 55 dollars. Sebab eija tak lepas. Senang cerita, semua la jadi lugage. (including the sleeping bag! Siap ada tag woo kat sleeping bag tu. Cool gila)
Haha. On the way to the boarding gate, mengomel je mulut sheira n eija. Saya? Macam biasa lah. Relax n cool je. (cuba nak cool kan diorg jugak)
Hahaha. Baru la ada pengalaman travel kan kan kan?
Flite pulak delay. (bole tahan. Bout half hour jugak lah, tadi ye ye je nak cepat. Cepuk kang)
Sampai2 melben, naik lah "sky bus" terus ke city.
(perut dah lapa gila)
Letak bag dekat rumah nazir, terus ajak pegi makan. (yeahhh..saat saat yg dinantikan)
Makan makan.
(eh salah, our first stop, was the toilet at melbourne central! Hahaha)
Nak cerita jugak. Bialah. :P




Sejuk lah melben. Hah, okay, bole sambung balik nak pegi makan. Dekat "block M"
Oh man, sedap gila! If only i cud eat em all! Nak je!
I ordered "soda gembira" and "lele belado"
Pergh..mmg gembira la.
(sirap bandung soda sebenanya. Ye, saya suka sirap. Tak kesah lah sirap ape pun, janji sirap. N that lele belado is ikan keli sambal. Sedap dohhhh.






Sebelum dikacau.



Selepas dikacau and diminu sikit. (irresistable n sgt gembira oh)



Yang ini pulak, lele belado. (maaf lah terlupa nak amek gamba sebelum makan. So, termakan sikit. Takpe kan? :P ) sedap gila gila.

N dillos cakap, dia suka tgk saya makan! "kenapa?" tanya saya.
"entah, kau makan macam relax je.. Menghayati. "
Hahaha. Nak tergelak la wak. Ada orang suka tgk saya makan.
(macam mane tah rupa saya makan, saya pun tatau. Handsome ke? :P perasan.)
Sementara tu, tggu mirah, n hid sampai.
(diorg sampai lepas kitorg makan)
Kesian. Tapi takpelah, boleh makan lagi. :)
Dah kenyang. So nak jalan2. (dengan lugage mirah n hid. Bergaya tak)
Tgh jalan2, tiba2 nampak "lord of fries" sedap dillos kata! (oh lupa, our tour guide was dillos n rayap that nite). :)
(alamak, damn lah. Ada video nak upload, nanti saya letak okies?)
Best gila fries dia, n sebelah tu pulak, ada donut. (obviouslah saya pegi beli donut. Favorite la donut kot)
Dah lah fluffy gila. Ada jam kat dalm. Makan panas2. Mmmmpphh..
Sedap gilah ouhkay!

"...Donut oh donut,
Kau lah sedap dimakan dikala penat,
Sementara panas makan lah cepat,
Sedapnya oh donut.."




And tengah2 makan tu, ada orang buat show pulak tepi jalan. Best best. (rasa feeling gila. Tatau kenapa. Tapi rasa best lah)

Teruskan perjalanan, berjalan2 di "crown hotel" cantik gila. (siap bwak lugage kan? So kunun macam nak check in lah. Padahal tak pun. Nak lalu je!)
Lalu "fed square" (tade ape nak cerita, sebab mmg tade pape pun kat situ. Just jalan2 je)
:)
N then lalu, yarra river. (eh betul ke tah eja dia macam tu? Betul kot.)
Cantik la view from ther. Ada reflection city kat river tu. Cantik. :)



Ada banyak lagi gamba, tapi yang ni just from my phone je. :) i promise i'll put some picture later tau wak?

So, that was my first day at melben! Awesome!
Nanti sambung hari kedua pulak okies?
Panjang sgt nak combine semua.

Bye bye awak. :)

Yang benar,
-saya-
(mohd syafiq bin abd kadir)
- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, July 06, 2010

Golek golek

Hahahaha. Tau tak seronoknya bergolek2 dalam sleeping bag?
Bila da pagi, rasa malas gila nk keluar dari sleeping bag. Seronoknya sleeping bag!
Kalau boleh, nak jalan dalam rumah pun dalam sleeping bag.
Hahaha. Bila tido, rasa macam kepompong! (macam ulat pun ada jugak)
Sleeping bag la segala-gala nya di kala winter tau tak?
(yea, mmg sepatutnya heater. Tapi nanti bil letrik mahal, sape nak bayar?) :P
Lepastu, kena pakai socks!
(sebab nanti kalau pijak simen dapur, tak lah rasa sejuk!)
Tapayah jingkit2 pegi dapur.
Tapi simen toilet mmg taboleh nak buat ape lah.
(kene jingkit2, kencing cepat2! Hahaha)

Oh yea! Harini, dah 4 hari tidak menghisap rokok. Hahaha!
Terer! Terer!
(eleh, baru 4 hari kan?)
Ala, kira okay la. Daripada 4 batang sehari kan?

Erm, semalam ada org tanya pasal fav actress, saya jawab milla javovich. Terus lepastu, saya dwld resident evil trilogy. Tiga2 saya tgk semalam. Hahahaha!
Lepastu, tadi tgk hindustan lagi. "kites" hritrik roshan dgn awek spanish lah. Cantik gila. Bole tahan la cerita tu.
Sebab ada hero handsome n awek cun, so cerita tu kira best la. Hahaha.(aku pedulik ape)

And and besok, nak pegi melben! Yeahhhh! Jalan2! Akhirnya keluar jugak dari rumah ni ha.
Saya tau awak akan rindu saya.
:P (jangan tipu, tipu dosa)
Kan kan kan? So tadi saya packing2. Tatau nak bawak ape dah. Baju cukup, sluar cukup, boxer dah, toiletries pun dah skali. Emm..hah, tadi cari bag utk sleeping bag. Tak jumpa-jumpa.
Nasib baik jumpa jugak.
Mana bole tinggal aweks winter saya ni.

And saya cuba nak tidur awal malam ni.
(its obvious that saya tak tido lagi)
Ada la dekat sejam saya bergolek tapi tak tido2 lagi. Haaaaah.

Golek kiri golek kanan,
Sedar-sedar hanfon kat tangan,
Toleh kiri toleh kanan,
Tengah tulis blog la kan?

Okay lah awak,
Cukup sudah kita merepek,
Masa utk kembali bergolek,
Bye lebiu muah awak.

:)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Sleeping bag

Sunday, July 04, 2010

berangan

oh, tiba2 rasa nak tulis pasal masa depan.
boleh? boleh la plis..
tak kira, boleh jugak.
ni blog saya. bukan blog awak.
(macam orang gila kan cakap sorang-sorang?)
hahaha. okay. orang kata, kejayaan bermula dari angan-angan.
(mungkin saya terlebih berangan. tapi takpelah..mana tau lebih kejayaan. kan?)
berangan adalah benda yang best dan patut di buat dikala tiada kerja..
(contohnya sekarang. movie da abes tgk, lepas tu tatau nak buat ape.)
em..jom berangan?

selalu, aku berangan before tido.
kadang2 susah nak tido kan kalau awal2 sgt.
so kene berangan dulu, baru bole tido.
sometimes, tgh2 berangan tu, dia bole sambung jadi mimpi tau?
hahahaha. (sebab penah jadi lah saya cakap..)
eh kejap. nak berangan ape ha dulu??
kita ikot time line lah. (like i always did)

erm..
firstly, nak berangan dapat degree la.
kan kan kan?
(tapi selalu malas, macam mane la nk dapat macam ni?)
takpe..berangan lagi..bole kot.
nak jadi chemical engineer.
oh, nak beli camera la dalam masa terdekat ni.
da lama ni mengidam. nak D90.
sebab nk jadi kan photography as side hobby.
then, on the way nak dapat degree.
nak active gym. and nak register as a part time modelling. (jangan gelak. cepuk kang baru tau.)
atleast balik malaysia, ada la benda aku nak buat kan?

oh yea, nak kumpul duit. selepas beli camera. bole buat beli rumah ke ape nanti nak kerja.
takkan nak bergantung pada mama ngn ayah lagi kan? aset kene ada. baru bole kawin. nanti senang.


okay, jom kita berangan pasal kerja pulak. hahahaha.
mesti la nak kerja engineer. tapi tatau la aku nk kerja macam mane sebenarnya.
aku suka minyak. buat ubat ke. entah, belum decide betul2 lagi nak specific bahagian ape.
tapi kan, nk kerja yang gaji banyak la kan. (buat duit banyak2, cepat, bole kawin cepat2 kan?)
haaa..maybe nak jadi engineer tak lama kot.
teringin sangat nak bukak gym sendiri lah. buat business pulak.
so, dari sekarang kene ada ramai contact pasal2 benda2 gym ni.
yeah, setakat ni, so far so good.
yeah yeah. takkan selama2 nya nak jadi engineer kan?
9/10 rezeki datang dari perniagaan tau.
haaa..okay, so kene start sikit2 dulu.
target, umur 35 la paling lambat.

and and and. kalau da kawin kan, kalau isteri penat la nak kerja kan. (doctor ke, engineer ke, tak kesah la ape2 pun..) laaa..da nama pun berangan. kene la berangan pasal isteri sekali. kan?
tak paksa pun dia nak kerja ke tak. i dont mind at all. i wud rather let u choose let u do things that u like. jom bukak saloon ke, butik ke, anything..yang u like.
and since i like cats too, so in the future, saya nak ada "cat center" sendiri.

ape nak buat cat center tu? haaa..
bole jadi playground.
bole jadi tempat jual2 any products dat related to cats.
food ke, accessories ke, vet ke, anything.
its like a community la. where ppl who own a cats boleh gather,
and we'll like sharing some thoughts ke, make friends.
saya suka kucing.
tapi taboleh nak bela sekarang la.
sedih. mama alergic kucing2 ni. selesema teruk nanti.
kt rumah sewa ni pun, tak semua suka kucing.
so kene pendam je la dulu hasrat nak bela kucing ni.
takpe, some other day.
yes, cats are in my wishlists too.

haaa..seronok kan berangan?
memang seronok pun. and rite now, i'm sharing what's in my mind.
jom kita sambung lagi.
hahahahah. (suka la tuh..)

erm..ape? berapa orang anak saya nak?
hahahah. yang tu, kene tanya isteri lah wak.
tgk berapa dia larat.
kalau boleh nk kembar satu. :P
cepat la kawin cepat la kawin.
selalu bila tgk orang kawin, mesti ada rasa nak kawin sekarang.
(tak ke, saya selalu je rasa macam tu..)
bila tgk orang dapat baby,
(terasa nak ada baby jugak..) hehehe.

ape? honeymoon?
awak gila ke?
honeymoon rahsia la. asyik sume nak beritau.
tade surprise la nanti.hahahah.
save it for later lah okay? (sebenarnya panjang sgt nak cerita..)

ish, nak berangan lagi ke?
haaa..kan dah cakap tadi..
best berangan ni.
tu la. tgk da tabole berhenti.
ala, takpe. kite berhenti dulu la.
nanti kita sambung okies?

hahahah. banyak sangat berangan da ni..
okay lah tu je.
lebiu muah bye awak.
:P







Saturday, July 03, 2010

rock coke.

bahasa melayu dia, rokok.
harini, tak hisap rokok punnnn..
terer terer kan? kan? (padahal baru sehari..)
alaa..come on la. (bagi semangat kt diri sendiri)
i'll try to quit. sebenanya nk quit kt sini je kot. sebab mahal gila la kt sini.
nk kumpul duit nak beli benda lain.
hehehe. macam2 nak beli.
berhenti la kejap. (ha? kejap? alaa...tengok la macam mne..tabole janji. tapi bole try)

so macam mane rase?
pehh..macam orang gila jugak la.
sebab selalu mmg pagi2 buat nescafe, mesti ada sebatang.
tapi kali ni tade.
and and..and i kinda eat alot today.
jgn la plis plis. nanti gemuk.
hah.
sekarang pun tengah makan.
"timtam"
best. my favorite biscuits.
sebab selalu time2 macam ni, nak tido kan,
selalu akan hisap sebatang.
aiseh. (susah jugak kan?)

ahaha. igt lagi masa mula2 hisap rokok ni.
form 2. masa tu malam, ada farewell party utk kawan.
pastu ada classmate hulur, saya pun dgn lagak berani,
mengambil nak membakar. (macam gaya pro padahal 1st time)
hahaha. adib. aku igt lagi kau yg hulur rokok tu dib.
dunhill. brand dari dulu sampai sekarang.
waktu tu sekolah EC. semua lelaki.
seronok sekolah tu.

nak hisap rokok je, pergi toilet.
lepastu, kene ada gula2 hacks. (nak cover bau la konon)
nak save duit, beli sebatang sebatang.
selit kat tie.
(kalau isap sempoerna, abes la tie kau mmg bau cengkih kuat gila)
time rehat, lepas makan mesti lari pegi toilet jap.
pancung2 ngn 2 3 orang ke. start la peraturan
"peraturan 3 pam"
sorang bole amek 3 pam je.
hahahaha. kadang, cikgu tade kt kelas, pegi blakang kelas,
pun sempat lagi hisap sebatang.
hahahaha.

saaaampai lah masuk mrsm. ada lagi peraturan 3 pam ni.
siap kene cop,
"ahli perokok tegar" lagi dgn HEP.
baru masuk form 4 ni, tgh taun da kantoi.
haih.
macam mane bole kantoi?
igt lagi time tu.
outing, on the way balik, singgah la kejap kedai nak beli.
call membe yg ada kt mrsm, "oi, line clear tak?"
"clear..clear..tade sape2 kt pintu depan"
(berbunga2 la hati aku)
letak je fon tu,
(oh crap.) "haaa..encik sharil (nama yang pak hassan bagi aku) jemput masuk jemput.."
kereta iswara merah dah parking baek punya depan aku.
ada la kawan aku lagi 2 orang ni, sempat pulak campak rokok diorg tadi dalam longkang.
(tapi ada sekotak kt dalam poket aku)
haih. (damn. terpakai boxer pulak time2 camni)
paham2 je la aku buh kt mane rokok tu kan?
sampai kat pondok pak guard, kawan aku yang tadi ni lepas la.
tinggal aku sorg je.
(tengah pak hassan raba2 badan, tiba2 terjatuh la plak sebatang dari seluar aku)
shit. cepat2 pijak. (padahal dia da nampak dah.)
"haaa...apa tu sharil?"
(dia goncang2 kan badan aku..)
amek kau..berbatang2 lagi jatuh dgn pantasnya.
tanpa berbelas kasihan.
ah sudah.
pak hassan siap amek gamba lagi.
aku sengih2 je la.
hahahaha.

siap masuk jemaah disiplin maktab. (jdm)
macam mahkamah la. peguambela aku,
cikgu homeroom. cikgu aida nama dia.
senyap je..nak buat macam mne kan? dah kantoi.
terimalah hukuman rotan. biasa la tu.
naseb tak kene gantung ke ape.

tu la sekali je aku kantoi.
siap pena kene suro minum air teh + tembakau lagi.
cinabeng. tak sedap gila. rasa pedas je tekak.
hahahaha. lawak lah.
pastu, HEP selalu plak round2.
ada sekali tu, dia duk kt toilet.
aku la yang perasan. baru nak hisap,
tiba2 tgk ada 1 jamban tu mencurigakan.
aku pegi dekat2, tak tutup rapat pintu tu,
and disebalik jubin2 tu, ada la samar2 bayang2 tangan. and jam HEP yang cukup ku kenal.
cepat2 aku bagi signal.
semua keluar dgn pantasnya. hahahaha.
tu aku. ada senior, benda yang sama jadi.
diorg pegi maen2 lampu toilet tu.
pastu pegi amek air, jirus2 kt jamban tu.
macam cilaka kan?
hahahaha.
tapi best la pengalaman hisap rokok time skola2.
klaka nak mampuh.
ada pertandingan buat "O" paling jauh lah.
"naga" lah.
tah macam2.
ada yang bajet nak hisap rokok, tapi bila hisap,
maen2 kt mulut, pastu..
puhhhhh..tiup asap je.
tak tarik ape pun.
konon macho la.
(kene tepuk baru tau..membazir rokok aku je..)

okay, tu la cerita pasal rokok. nanti la kita tulis lagi.
macam biasa la.
banyak nak tulis. tapi sejuk gila tangan aku ni ha.
kejap2 tulis, pastu masuk balik dalam sleeping bag.
sejuk.. sejuk..

k lah goodnite,
lebiu muah bye.

Thursday, July 01, 2010

cuti.

well, senang cerita its cuti la kan?
masa dah nak cuti, bukan maen lagi nak cepat kan waktu la,
nk fast foward masa lah ape bagai semua.
tapi sekarang, dah cuti.
apa nak buat ha?
movie, satu external dah selongkar.
tak tgk semua la.
tapi sampai da tgk2 balik movie yang da tgk.
haaa. macam mne?
or, sebagai ape?
hahahaha.
tapi, aritu sebab da lama sgt tak tgk industan.
tengok la hindustan. cerita 3 idiots.
ada amir khan, kareena kapoor.

a very good movie.
cerita pasal 3 sekawan. yang genius!
its about friendship. betul. tak tipu.
best cerita ni. banyak pengajaran.
FM, saya bukan macam punsukh wangdu (betul kot eja nama dia macam ni).
dia genius. :P
tapi in terms of friendship, i dont know if i can match him.
but i wanna be like him.
gila. handsome. berani. dan baik. :)
nak jadi macam tu. boleh?
hahahah. tapi betul la.
nak jadi macam tu.

ya, mmg best tgk hindustan tau tak.
dulu weekend, kt rumah, jgn tipu tak pena tgk hindustan.
hahahah. petang2 sabtu tv3 pukul 2. ada "panggung sabtu"
ahad, ntv7. pukul 3.30 kot.
mana ada buat pape petang2 weekend macam tu.
(best gila kot hindustan)
walau pun jalan cerita dia sama je..
(yelah, hero mesti kalah dulu)
tau sangat dah. tapi suka betul tengok.
mama suka betul hindustan.

ada sekali tu, tgk khabi kushi khabi gham. (uish. mana bole tak tgk, shah ruk khan kot)
satu family la tengok tau.
cerita tu kan sedih kan?
ada satu part tu, semua senyap je.
(jeling2 tepi, tengok mata mama da bertakung2, jeling tepi lagi, tgk yana da sedu2 dah, tgk lina, mmpphh..cover2 guna bantal la kunun. syahmi pun sama je.. bertakung dah.)
tabole nak tegur. (sebab sendiri pun dah menitik air mata dah)
hahahaha. kelakar la.
tapi best kan tgk hindustan?
dats the time when all the family will gather kt hall. tgk sama2. (ayah pun sama tau tak)
:P
lepas tu, kene ada pisang goreng pulak.
(bila iklan, mama buatkan milo panas petang2)
pehhh..
mantap. rindu rindu.

okay, arini, rokok dah habis.
(rokok yg from malaysia)
so nk quit. or slow down a bit.
i'm not sure if i can.
but its worth to try kan?

yeah.
okay lah. bye.
nanti sambung merepek.
muah lebiu bye.