Saturday, August 14, 2010

Puasalah.

Lama betul rasa tak update kan kan kan? Jom kita update. Biasalah puasa puasa ni. Busy sikit. ( padahal pemalas. Tapi mmg tatau nak tulis ape pun sebenanya)

This is my 2nd ramadhan away from malaysia. Selalu je teringat macamana bestnya puasa kat msia.
(walaupun kat sini buka lagi cepat, tapi lagi best buka lambat kat msia)
Dulu-dulu, mama selalu kejutkan sahur. Walau macamana pun, mesti bgn punya. Tak kira la kau balik lepak lambat, then tido sejam je ke, mesti bgn. Haaa..
(kalau kat sini, weekdays, mmg aku tak bgn la sahur, kalau tersedar pun, minum air masak je sempat. Tak pun selalu sedar2 tu, da alarm yang subuh punya)
Masa kat umah, bangun2 mesti mama da siap masak. Sedapnyaaa.
Kadang2, terbangun awal sikit, turun tgk mama masak.
(suka la tgk mama masak, selalu duduk bertenggek kat ujung cabinet tu.)
Lauk sahur yang cukup sedap kalau nak di comparekan ngn lauk buka yg macam beli kat bazar tu.
Telur mata lembu dgn kicap, ikan bilis goreng bawang dan berlada, and sayur buncis goreng.
Pergh cukup tertawan. Berdebar-debar bila lauk tu mama masak.
Macam jatuh cinta. Kalah aku makan masa buka nanti.
(walaupun syaitan kene ikat, tapi aku makan, macam ada syaitan dalam perut)
Haahaa. Suka. Kalau nak cari gf, nak cari gf yang boleh buat macam tu sama macam mama. :P

Lepas makan, mama dah siap2 kan air milo dah. Pergh. Suam2. Tade tandingan. (tapi aku slalu simpan air balance buka malam before that. Air sedap dal peti ais. Tak kira la air ape, nnt time sahur nak minum)

Siang2 puasa kat msia, mula la terjelopok je kat umah. Kalau nak rasa cepat sikit masa berlalu, main game kejap. Hah, confirm la masa cepat. Siyes aku tak tipu. (sebab selalu buat)

Waktu yang paling best, adalah waktu dah nak buka!
Uish, kene pergi bazar doh. Mana bole tak pergi.
(walaupun tade benda ape nak beli sebab mama da masak banyak, tapi kene gak pergi)
Kadang2 tu ajak jiran sebelah.
(tapi cakap kat mama, jiran yg ajak. Haha. Licik tak)
Biasalah. Pro. Sorry mama. Tapi rasanya mmg mama dah tau pun. :)

Dekat je bazar.
Jalan kaki sikit, menghala ke mesjid. Hah, besar gila bazar.
Macam2 kedai ada.
Mula lah sesi tawaf.
Tawaf dulu, jangan beli ape ape lagi. 2nd time punya tawaf baru beli.
Kedai wajib ada masa puasa, adalah ayam percik. Wajib. Dengar tak? Wajib.
Kalau takde, tu bukan bazar ramadhan. Tapi pasar malam.
(ada beza ke? Mestilah. Pasar malam tade ayam percik!)
Haha. Pergghh. Kat bazar situ je, ada 4-5 ayam percik punya stall sahaja!
Tapi tatau lah kenapa kan, mesti ada 1 kedai tu je yg penuh gila orang. Aku tgk sama je rupa dia ngn kedai lain.
Sedap doh sedap aku tak tipu kau.

And stall yang aku tak pernah tak beli, stall yang jual puding. Betul2 depan mesjid. And betul2 depan beta jaya. (mesti kau tak paham sebab tak duduk jb, tapi takpe, nanti aku tunjuk)

Puding ke jelly ke, aku tatau lah, macam sama je rupa. Tak ke?
Ok lah fine. Jelly kot.
Macam2 perasa.
Koko, nenas, lychee, bandung, uih! Penat la nak sebut satu2.
Hah fine. Jelly la tu kan ada perisa.
Tapi tu mmg my favorite. Kedai dia selalu penuh. Tiga singgit. Best gila!

Oh, and lagi satu yang bestnya bazar ramadhan ni, ada banyak air sedap. Kalau datang lambat sikit. Time nak betul nak buka, mesti dapat lebih. Tu lah baiknya lah hai orang msia ni bulan puasa kan?
(bulan lain. Pun baik jugak, cuma bulan puasa ni lebih baik. Alhamdulillah)
Hm? Aku suka beli air ape?
Ohh.. Saya suka tembikai! Dan soya! Dan juga kathira. Kat jb je la bole dapat kathira. Igt lagi, kathira abu bakar paling famous!
Air dia kaler hijau, pastu ada biji2 mutiara.
Sedap doh sedap.
Tapi saya paling suka kalau mama buat mata kucing. Pergh.
Tiada tandingan!

Tapi yang paling last masa pergi bazar aku suka, paling last ohkay!
Ada lah mencuci mata. Feweet.
Aweks aweks ramai lah.
(tau lah dosa, tapi kita lelaki biasalah. Kang kalau tade perasaan, cakap aku gay)

Haha. Taknak lah cerita pasal cuci mata. Dosa kan?
:)
Balik2 rumah je, sempat2 masa nak mandi petang and terus buka! Yeah baby! Buka!
Kurma dan air manis dulu. :)
Baru makan.
(alaaaa.. Dah sampai part buka baru teringat tak tulis makanan ape yg aku suka beli lagi.. Erm, takpelah, selit sikit takpe kan? Yeay!
Aku suka beli paru sambal doh. Suka gila)
Hah. Okay dah. Nak cakap tu je. Sbb rasa unfair tertinggal paru.
Kesian paru. Kan kan?
(sebenarnya kan, banyak je benda yang saya suka, sgt rarr nak jumpa benda yang saya tak suka)
Heeehee.
Oh jap! Ada lagi, murtabak kg melayu paling sedap! Ingat tau.

Haaa.. Tu la masa buka. Makan kene khusyuk. Tabole tgk tepi.
Feeling oh kay masa buka. Feeling tau.
Baru lah puasa.

Burpp!
Oops, alhamdulillah.
Kuih2 makan masa dah nak pergi mesjid utk terawih.
Selalu pergi awal sikit. Dgn jiran.
(taktik biasa la weh)
Sebab nak hisap rokok dulu.
Purrr.. Best2. Feeling gila.
Lepak kat tempat dialisis kat mesjid tu.
Kalau orang msg tanya "mane?"
Jawapan biasa, "dialisis"
Serta merta tau kat mana. Tp tu biasalah. Masa sekolah2 dulu.
:) kalau sekarang, tak kot. Dah penuh budak2 baru nak up. :P
Haha. Kelakar doh.
Bole ponteng terawih sbb lepak dialisis tau tak. Gelap je tempat tu.
Tapi kitorang buat mcm warung. Sembang2.
Tapi selalu aku buat la terawih. Lepastu baru lepak situ.
(baik tak? Baik sikit la kan?)
Kadang2, mercun dah siap ada dalam kocek baju melayu. Mrcun mancis la biasa. Senang kan nak bawak. Hehe.
Haaa.. (tiba -tiba rasa penat la nak merepek lagi)

Macam banyak je benda yang nak cerita. Tapi nanti dulu lah okay?
Nak bangun tido betul-betul ni.

Nanti kita cerita lagi okay?
Selamat berpuasa dan selamat beramal.

Bye bye awak. :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Atas katil.

25 comments:

Anonymous said...

Comel gile!! Suka :)
besttt koz baru bgn tidur sbb ponteng orthopaedic end posting exam kann...hehe...and trus nmpk ada neww entryy! Bestt! (sbb isskkk lama giler dh tunggu entry baru sbnrnye,tp segan laaa nk mintak..huhu :p)
dah bgn bbtul dah?;)

syafiq kadir said...

heehee. apa yang comel?
isshhhh. ponteng jugak rupanya dia ni. tapi kenapa dia buat sabtu?
dah bangun bbtul dah ni. tapi tak mandi lagi.
malas boleh?

Anonymous said...

hye awk...
lme giler x 2lis blog???
hri2 i bk tp u x update..
last2 hr nie update gak..huhu
=)

Anonymous said...

U ni..mmg i slalu ada clinical posting on saturday,kan..Sbnrnye dia mcm alternative saturdays..minggu ni ada next week takde n so on..bosan la..tau x,smlm je pun alternate hour gak blackout,omg! Harini pun..n i just woke up,bbtul sbb tunggu letrik ada,baru bgn.jap lagi mesti blackout lagi..:(
Bukak puasa makan ape today?
Selamat buka puasa!(for today!) :)

Anonymous said...

P/s: Jgnla malaaas.bagi saya je malas sorg.anyway,saya pn dah mandi tau!(tak malu) hehe

syafiq kadir said...

oh hye!
erm, ye lah lama tak update.
tu yang rasa tiba2 bila bangun tadi macam nak tulis.
terima kasih kerana sudi melawat.

awak, oh! ye la. lupa. saya ni pelupa. (awak tau je lah)
harini buka dekat hall, makan nasi beriyani kot? entah la. ada ayam masak merah and rendang and kuah dhal. sedap2. and bandung!
sempat tapau satu bungkus utk sahur nanti kang.
tapi dah makan sebelum sahur sebab lapar. :P

Anonymous said...

Omg. I think i saw u in salam perantauan.hahahaha.ok gelak golek2.hahaha :D funny la korg :)

P/s: in case ur clueless,ni kat Utusan online,tau.hehehehe

syafiq kadir said...

Ehhhh? Salam perantauan bila ni wak? Mana? Mana? Nak tgk pleaseeee.
Hehehe. Saya handsome tak dalam gamba tu? :P

Anonymous said...

Rasanya someone named Encik Rafiuddin ke uh yg sent that salam perantauan..hahaha.tapi gmbr tu korg ramai2.. And ur also in d pic la..heehehehe.
Eh mesti la hensem!:D

syafiq kadir said...

uhuk! uhuk! tersedak! dah tgk dah gambar tu! :)
heehee. tah bila la dia post tu.
last year punya raya tu. orange! dis year biru!
baru dapat tadi mama post. :)
eh eh eh, mana ada handsome.
(malu-malu)
macam nak sumo je gaya. tak ke? :P

lalala~ said...

hye, 1st tym visit ur blog. sgt menarik n santai =). i pon ske pegy bazar ramadhan, wlupon xbli pape. huhu~ tp biasenye beli ayam percik. u ddk area BBU ke? sbb dr cr u mention gerai agar2 dkt2 masjid tue mcm kat BBU. agar2 kat ctu mmg best. pastue kat joho je ade air katira, kat tpt laen xde. dahlaa i study jao dr joho. huhu~ (tp xpelah demi m'nuntut ilmu...*ayt sdpkan ati sndri*). btw, cool blog, keep it up =D

syafiq kadir said...

hye there! :)
thanks for visiting my blog yang tak seberapa ni. penuh merapu je.
yes. i live at bbu.
hahahaha. mmg bazar bbu pun. besar gila bazar tu. hehehe.
u study mana?
senang2 datang melawat lagi blog ni. :)
really appreciate it.

lalala~ said...

hye syafiq~ i study xjao sgt mcm u.. i study kat perak je... u lg hebat study kat oversea~ org pndai~~ heee~
InsyaAllah... bile2 free bolelaa blogwalking ke cni~ =)

syafiq kadir said...

hye there. :)
alah, mana pandai. i was lucky i guess.
perak where?
and now u cuti ke? mesti kat jb.
mmmm beestnya!
okay. :)
banyak2 lah free time blogwalking ke sini.
u have blog? nak blogwalking jugak seh. :)

lalala~ said...

hye =))
i study kat utp. x feymes pon. huhuhu~ xderlah cuti, skrg i tgh intern. kat negeri lain jugak~ huhuhu~ i xde blog, tp ske bc blog org laen~ if someday i hv 1, i'll let u know, ok =)

syafiq kadir said...

:) utp tak famous ke? cis.
tak penting pun famous ke tak ni. tak rasa best pun study oversea.
intern kat mana? ohhh okies.
siapa nama u? :)

lalala~ said...

syafiq, =) u kate tak best? tipulah, xbnyk sket pon msti ade bestnye. =P intern kat trg. u nak tau nm i ke? alamak, seganlaa nak bgtau.. *smbl nyorok muka blkg kerusi* =P xyahlaa tau kot, bkn u knal i pon~ *teet* let me be ur mystery-silent-blog-reader. hehehe~ (agak2 cam seram x?) =P

syafiq kadir said...

ye saya. ala, sikit tu sampai taboleh lawan dia punya banyaknya tak best tu.

ohh..dah intern da u.
wuuwuuu..mestilah rasa nak tau nama eventho tak kenal pun.

ish. taknak mystery. plis plis. its creepy. tak kenal pun takpe.
i tak makan orang.

:)

lalala~ said...

syafiq, mak i kate kalo xknal org tue kte xle kasitau name kte kat dia. XD
mystery laa best. cam teka teki. u pasti ke u xmkn org? kalo u xmkn org, u mkn ape plak? xkan mkn parang? kikiki =P *tetiba rs nie cam port chatting plak instead of comment box*
=P

syafiq kadir said...

hahaha. mama i kata, jangan layan orang yang kita tak kenal. haaaa.
and jangan amek gula2 tu kalau orang yang bagi tu kita tak kenal.
hahahaha. :P

i eat food! grrr..

lalala~ said...

syafiq, =)
mama u kate jgn lyn org yg xdikenali je, bkn xkasi u chat ngn org yg u xknal. =P
i pon xamik kalo org xknal bg gula2, i cume amik kalo dia kasi choki2. =P
heyy, test u da dkt kan, all the best, ok. =D

syafiq kadir said...

haha. tak rasa macam sama ke?
:P
thanks.

Anonymous said...

gile ape jadahnye dlm air kathira ade biji mutiara? abg ni!! buat malu org jb.. bijik selasih laaaaa! selasih ok!!! haiiihh!! ;pp

yanarocamious said...

gile ape jadahnye dlm air kathira ade biji mutiara? abg ni!! buat malu org jb.. bijik selasih laaaaa! selasih ok!!! haiiihh!! ;pp

syafiq kadir said...

selasih ke mutiara ke, lebih kurang laaaa. hahaha. ish, yana, pegi la click follow kat blog abang tu. tak kesian ke ada 17 followers je? hahaa. pegi la pegi la.