Lama betul rasa tak update kan kan kan? Jom kita update. Biasalah puasa puasa ni. Busy sikit. ( padahal pemalas. Tapi mmg tatau nak tulis ape pun sebenanya)
This is my 2nd ramadhan away from malaysia. Selalu je teringat macamana bestnya puasa kat msia.
(walaupun kat sini buka lagi cepat, tapi lagi best buka lambat kat msia)
Dulu-dulu, mama selalu kejutkan sahur. Walau macamana pun, mesti bgn punya. Tak kira la kau balik lepak lambat, then tido sejam je ke, mesti bgn. Haaa..
(kalau kat sini, weekdays, mmg aku tak bgn la sahur, kalau tersedar pun, minum air masak je sempat. Tak pun selalu sedar2 tu, da alarm yang subuh punya)
Masa kat umah, bangun2 mesti mama da siap masak. Sedapnyaaa.
Kadang2, terbangun awal sikit, turun tgk mama masak.
(suka la tgk mama masak, selalu duduk bertenggek kat ujung cabinet tu.)
Lauk sahur yang cukup sedap kalau nak di comparekan ngn lauk buka yg macam beli kat bazar tu.
Telur mata lembu dgn kicap, ikan bilis goreng bawang dan berlada, and sayur buncis goreng.
Pergh cukup tertawan. Berdebar-debar bila lauk tu mama masak.
Macam jatuh cinta. Kalah aku makan masa buka nanti.
(walaupun syaitan kene ikat, tapi aku makan, macam ada syaitan dalam perut)
Haahaa. Suka. Kalau nak cari gf, nak cari gf yang boleh buat macam tu sama macam mama. :P
Lepas makan, mama dah siap2 kan air milo dah. Pergh. Suam2. Tade tandingan. (tapi aku slalu simpan air balance buka malam before that. Air sedap dal peti ais. Tak kira la air ape, nnt time sahur nak minum)
Siang2 puasa kat msia, mula la terjelopok je kat umah. Kalau nak rasa cepat sikit masa berlalu, main game kejap. Hah, confirm la masa cepat. Siyes aku tak tipu. (sebab selalu buat)
Waktu yang paling best, adalah waktu dah nak buka!
Uish, kene pergi bazar doh. Mana bole tak pergi.
(walaupun tade benda ape nak beli sebab mama da masak banyak, tapi kene gak pergi)
Kadang2 tu ajak jiran sebelah.
(tapi cakap kat mama, jiran yg ajak. Haha. Licik tak)
Biasalah. Pro. Sorry mama. Tapi rasanya mmg mama dah tau pun. :)
Dekat je bazar.
Jalan kaki sikit, menghala ke mesjid. Hah, besar gila bazar.
Macam2 kedai ada.
Mula lah sesi tawaf.
Tawaf dulu, jangan beli ape ape lagi. 2nd time punya tawaf baru beli.
Kedai wajib ada masa puasa, adalah ayam percik. Wajib. Dengar tak? Wajib.
Kalau takde, tu bukan bazar ramadhan. Tapi pasar malam.
(ada beza ke? Mestilah. Pasar malam tade ayam percik!)
Haha. Pergghh. Kat bazar situ je, ada 4-5 ayam percik punya stall sahaja!
Tapi tatau lah kenapa kan, mesti ada 1 kedai tu je yg penuh gila orang. Aku tgk sama je rupa dia ngn kedai lain.
Sedap doh sedap aku tak tipu kau.
And stall yang aku tak pernah tak beli, stall yang jual puding. Betul2 depan mesjid. And betul2 depan beta jaya. (mesti kau tak paham sebab tak duduk jb, tapi takpe, nanti aku tunjuk)
Puding ke jelly ke, aku tatau lah, macam sama je rupa. Tak ke?
Ok lah fine. Jelly kot.
Macam2 perasa.
Koko, nenas, lychee, bandung, uih! Penat la nak sebut satu2.
Hah fine. Jelly la tu kan ada perisa.
Tapi tu mmg my favorite. Kedai dia selalu penuh. Tiga singgit. Best gila!
Oh, and lagi satu yang bestnya bazar ramadhan ni, ada banyak air sedap. Kalau datang lambat sikit. Time nak betul nak buka, mesti dapat lebih. Tu lah baiknya lah hai orang msia ni bulan puasa kan?
(bulan lain. Pun baik jugak, cuma bulan puasa ni lebih baik. Alhamdulillah)
Hm? Aku suka beli air ape?
Ohh.. Saya suka tembikai! Dan soya! Dan juga kathira. Kat jb je la bole dapat kathira. Igt lagi, kathira abu bakar paling famous!
Air dia kaler hijau, pastu ada biji2 mutiara.
Sedap doh sedap.
Tapi saya paling suka kalau mama buat mata kucing. Pergh.
Tiada tandingan!
Tapi yang paling last masa pergi bazar aku suka, paling last ohkay!
Ada lah mencuci mata. Feweet.
Aweks aweks ramai lah.
(tau lah dosa, tapi kita lelaki biasalah. Kang kalau tade perasaan, cakap aku gay)
Haha. Taknak lah cerita pasal cuci mata. Dosa kan?
:)
Balik2 rumah je, sempat2 masa nak mandi petang and terus buka! Yeah baby! Buka!
Kurma dan air manis dulu. :)
Baru makan.
(alaaaa.. Dah sampai part buka baru teringat tak tulis makanan ape yg aku suka beli lagi.. Erm, takpelah, selit sikit takpe kan? Yeay!
Aku suka beli paru sambal doh. Suka gila)
Hah. Okay dah. Nak cakap tu je. Sbb rasa unfair tertinggal paru.
Kesian paru. Kan kan?
(sebenarnya kan, banyak je benda yang saya suka, sgt rarr nak jumpa benda yang saya tak suka)
Heeehee.
Oh jap! Ada lagi, murtabak kg melayu paling sedap! Ingat tau.
Haaa.. Tu la masa buka. Makan kene khusyuk. Tabole tgk tepi.
Feeling oh kay masa buka. Feeling tau.
Baru lah puasa.
Burpp!
Oops, alhamdulillah.
Kuih2 makan masa dah nak pergi mesjid utk terawih.
Selalu pergi awal sikit. Dgn jiran.
(taktik biasa la weh)
Sebab nak hisap rokok dulu.
Purrr.. Best2. Feeling gila.
Lepak kat tempat dialisis kat mesjid tu.
Kalau orang msg tanya "mane?"
Jawapan biasa, "dialisis"
Serta merta tau kat mana. Tp tu biasalah. Masa sekolah2 dulu.
:) kalau sekarang, tak kot. Dah penuh budak2 baru nak up. :P
Haha. Kelakar doh.
Bole ponteng terawih sbb lepak dialisis tau tak. Gelap je tempat tu.
Tapi kitorang buat mcm warung. Sembang2.
Tapi selalu aku buat la terawih. Lepastu baru lepak situ.
(baik tak? Baik sikit la kan?)
Kadang2, mercun dah siap ada dalam kocek baju melayu. Mrcun mancis la biasa. Senang kan nak bawak. Hehe.
Haaa.. (tiba -tiba rasa penat la nak merepek lagi)
Macam banyak je benda yang nak cerita. Tapi nanti dulu lah okay?
Nak bangun tido betul-betul ni.
Nanti kita cerita lagi okay?
Selamat berpuasa dan selamat beramal.
Bye bye awak. :)
- Posted using BlogPress from my iPhone
Location:Atas katil.