Thursday, December 30, 2010

cerita pendek

‎"Rawr! Rawr! Rawr!"
(bunyi garuda kene baham dengan harimau malaya)
"tit tit tit tuuuut".
(bunyi laser ultraman taro)
"shiuuuuummm!"
(bunyi pantulan laser ultraman kene spec rayban harimau tu pakai)
"ark ark ark!"
(bunyi garuda mati).


.harimau menang. garuda mati.
The end.

huraian:
malam tadi, malaysia lawan indon.
i bet all the mamak stall in malaysia is full! siap ada yang duduk atas moto je tengok dari jauh le.
nasib baik gelas cukup kan? ye la, satu meja, sampai 12 orang duduk, gelas sorang 2.
tak ke 24 gelas atas satu meja? ha muat abis.
menonton bola di malaysia adalah sangat terbaik.
the place was restoran habib.
mamak je lah. tapayah jauh-jauh pun.
sebab habib ni tempat keramat aku dan kawan-kawan aku.
contohnya setiap kali tengok game man u, mesti menang.
pastu, tengok tempat lain, mesti nak kalah.
habib habib!
tu kira macam "home" la.
penuh beb! serious penuh gila malam tadi.
pukul 7.09, azan maghrib. lincah sembahyang dulu la beb.
ready-ready. korek2 kat stor, ada bendera malaysia.
baik punya!
haaa hameeeekk.
masuk dalam beg kecik kita tu.
kawan pun sampai, menjemput. naik moto pegi habib yaw.
sampai2, pergh, da macam stadium!
hahaha. bila malaysia gol, melompat macam orang gila.
menjerit pun macam orang histeria.
berkibar bendera malaysia dengan megahnya yaw!
jadi superman kejap malam tadi.

i'm surely gonna miss this mamak punya environment bila balik sydney nanti.
oh yes, u guys pernah makan roti pisang tak?
peh! its my current favorite! (setiap kali datang habib tu, tak pernah lagi tak order roti pisang)
ho! try doh. manis. tapi dia manis pisang la. aum! aum! tiba-tiba lapa.
gym tak pergi, swimming pun tak, no sports.
gila, memang besa la perut ni.
tabole taboleh, petang ni nak try jog area2 rumah ni lah.
hah!
oke lah, sebab rasa lama tak update, tulis sikit je la dulu.
tu pun rasanya da panjang kan?
hahaha. ok ok ok.
maksu, i love you.
bye bye awak. :)

Monday, December 13, 2010

Malaysia

Malaysia is the best thing that cud ever happen to me yeah. Friends. Mamak. Shopping mall, swimming pool, cards, ayam penyet, sisters.

Pagi2 pegi swimming. (kalau tak bangun after 9 la macam harini, terbangun sedikit lewat, mungkin kerana terlalu gumbira kerana chelsea gagal malam tadi)

Balik pukul 12 lebih. Lunch kat rumah, (tak keluar duit puun dooohh)
Petang2, bergolek2, bersama laptop ke, handphone ke, apa2 sahaja yang bole dibawa golek bersama. Tapi bukan tidur okay.
Membazir tidur petang. Baik duduk tak buat apa2 daripada tidur aleh2 dah maghrib.
Yeah, dats me. Bukan jenis tidur petang, bangun pagi2, (walaupun tak bagi sangat, pukul 8 still pagi2 kan? ) tapi kalau malam, kalau tak keluar, kalau orang tak ajak before pukul 12, confirm i'll b the 1st one to pass out.
Macam budak kecik kan kan?

Tidur malam is easy for me. Sangat.
Malam, makan kat rumah tau. (makan sikit je nak jaga badan)
Lepak2 makan buah ke apa ke, tgk tv jap. (semua free, can u imagine?)

Bila mak bapak sudah tidur, baru lah boleh keluar. (bukan sneak out, tapi memang kalau boleh, bagi diorang tidur dulu, bagi mereka tgk anak dia yang ak berapa nak handsome ni puas2 sebelum tidur. Anak yang baik kan?

Keluar malam, bukan ke club, bukan ke bar, bukan ke dangdut, tapi ke mamak.
Bersama rakan yang dari kecik bersama. Bersekolah rendah bersama, sekolah menengah bersama, naik bus sekolah pun sama. (ramai pulak tu)
Siap ada rakan yang sama2 belajar menghisap rokok masa kecik2 dulu.

Masa melepak, mesti kene ada bola, tiada bola, kita bermain poker. (ishhh, mana ada guna duit, kami ilangkan bosan sahaja) sebab tu, kalau melepak, mesti mebawa beg kecik tu. Didalam ada terup. Standby je. :)

Tapi, main card ni, berhantu jugak sebenarnya. Alih2 je dah pukul 2-3 pagi.
Air yang selalu di pesan, bukan teh o, teh tarik, nes o, nes tarik, tapi tongkat ali suam kurang manis ya? (sihat beb, plus aku geram sebab aritu masa balik sydney, bawak ali cafe, tak lepas, kena rampas kat air port, bila bengang kita minum la banyak2) satu malam, mesti 2 cawan. (kuat sikit! Ehem!)
balik rumah, selalu tidur je. Tapi tu lah routine.

Selasa malam rabu, tgk wayang adalah kemestian. Khamis malam jumaat, pergi ke mesjid baca yassin solat hajat menemani ayah. Sabtu dan ahad kebiasaannya dirumah sahaja. Beristerirehat bersama mama dan ayah.

Tu lah sedikit sebanyak aktiviti dikala cuti ini. Sangat seronok jikalau nak dibandingkan di sydney, aku begitu pasif. Hanya ddk dirumah ditemani laptop. Menonton movie sebanyak yang mungkin. Tidak bergerak2.
Bosan.

Orang mungkin berkata hidup aku bosan, tapi aku menyukainya, dan aku tidak pedulik orang mahu berkata apa.
Buat rakan2 ku di malaysia.
Jikalau mahu melepak, contact la. Phone num masih tidak berubah. Ada di dalam facebook.
Kosong satu dua tujuh empat lima tujuh lapan empat empat.
Peace. (nak lunch free) :P



- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Rumah